#2

bismillahirohmanirrohim 

assalamualaikum wbt and salam 1malaysia people :)
"hari-hari bangun pagi ,
duduk rumah buat kerja ,
update blog bukan setiap hari ,
maklumlah buat kerja anak dara .."

bual bicaraku dengan dia setiap hari , namun aku terfikir ... soalnya bukan kerana perasaan cinta yang hadir tetapi kerana perasaan aneh yang hadir . Aneh itu boleh kuungkapkan seolah-olah dia itu punya satu motif pokok . Pada mulanya sebijik benih di tanam , kemudian disiram berhari-hari agar bercambah menjadi anak pokok yang baik . Sama seperti tindakkkannya . Pada mulanya bertanya khabar , kemudian bual-bicara berjangkit hari demi hari . Ceritanya , dia tidak pernah menegurku ! kini makin aneh . Hati kecil ini punya firasat , mungkin dia punya niat jahat atau sebaliknya . Akal ini punya pemikiran , idea baik memujuk hati agar menjadi positif . Aku berserah kepadaNya disamping berhati-hati agar tidak berlaku apa-apa yang tidak ku mahu atau luar ekspetasiku .

Manusia dimuka bumi ini berbeza-beza . Mereka dicipta dan diwujudkan dengan pelbagai jenis perangai didalam diri mereka . Perangai itu boleh diubah mengikut kemampuan individu itu sendiri . Ruang sekeliling menjadi penjana , motivator , sumber etc untuk membangkitkan semangat juang mengubah apa jua perangai . Hal ini ada kaitan dengan cerita di atas . Dulunya dia kerap kali membenci aku dan bukan kerana membenci perangaiku sebaliknya membenci aku ! Apa mahunya membenci ciptaan tuhan ? Kau punya kuasa lagi besar dari yang atas sana ? Nauzubillah . Kamu boleh membenci perangai seseorang agar tidak pula berjangkit pada diri kamu NAMUN , kamu tidak boleh membenci individu yang punya perangai tersebut . Mereka itu ciptaan Tuhan sama seperti kamu , ingat itu !

Aku melayan sahaja kerenah dia . Mungkin dia memang sudah bertaubat dan ingin menjadikan musuhnya (aku) sebagai sahabatnya . Siapa tahu ? 

No comments:

Post a Comment