#3


 "I know her first before she knows her"

          Seorang yang pendiam , peramah , periang , penyagak , pemberontak , pembuli , pelawak , penyayang , penceramah bebas , yang paling pasti dia boleh berubah-ubah personaliti . kadangkala , dia terfikir "siapa aku?" bila bergaul bebas bersama temannya , dia mula berubah . adakala , dia begitu diam tidak berbuat apa-apa . adakala , dia sangat peramah semua benda ingin dikongsikan bersama . namun , dia masih tidak pasti siapa dia sebenarnya . kenapa dia tidak punya pendirian yang tetap .
              Semasa menuntut ilmu , segala nota catatan , ditulis dengan rapi . terlintas difikiran si dia , "eh cantik jugak tulisan dia ni..nak try lahh tiru.." benda kecil sahaja , tulisan . tapi baginya sangat penting kerana dia telah terpengaruh dengan seorang motivator terkenal di Malaysia ..."TULISAN MELAMBANGKAN PERIBADI SESEORANG" . dia ingin menjadi orang lain , bukan dirinya sendiri . dia beranggapan sekiranya  dia mengubah cara dia menulis , bentuk tulisan tangannya , dia akan berjaya mencapai atau menjadi dirinya yang baru dan jauh lebih baik daripada dirinya sendiri . dia mulai leka berangan-angan , "satu hari nanti , aku akan jadi begini , punyai apa sahaja yang aku idamkan , inginkan , dambakan segalanya ..." . dia sudah lupa , angan-angannya tidak akan tercapai dengan berangan-angan sahaja . itulah dia , duduk di atas jamban duduk berfikir sambil berangan seorang diri sehingga hampir satu jam setengah , barulah dia tersedar "ohh alamak bodohnya aku pergi berangan.."
                 Baginya , berangan itu umpama mengukir perjalanan hidup dimasa hadapan . dia lupa , dia sangat pelupa , sebenarnya berangan itulah yang membuatkan dia alpa tentang realiti kehidupannya didunia . Tuhan telah menciptakan dan menganugerahkan dua biji mata untuk dia melihat . mata yang cantik , namun ... dia lupa membukanya dengan besar , melihat kewujudan dunia nan indah .. dia lupa .. dia sangat pelupa .
Tuhan telah menciptakan telinga , lidah serta hati , minda supaya dia dapat menikmati nikmat Tuhan , tetapi dia bersahaja leka dibuai mimpi .
            Adakah ini tandanya dia seorang pesakit mental ? adakah dia sakit jiwa ? adakah dia sengaja membuang masa ? adakah dia bukan manusia ? siapakah dia ?? mengapa dia jadi begini ? mengapa ? dia sahaja yang tahu . dia ada masa silam yang sedih , baginya itu semua normal kalau seseorang dimarahi serta dipukul dengan kuat atas kesilapan sendiri . baginya apa yang dia rasa , itu semua memang sudah diatur oleh yang Maha Berkuasa . dia pasrah , dia tidak mampu redha . kadangkala dia bermonolog sendirian " kenapa orang lain pandang rendah pada aku ? apa kurang aku ?.." potensi dirinya , dia sorokkan . mungkin dia takut atau malu , itulah dia .
              "Aku sendiri tak faham dengan diri sendiri , kenapa pula ada yang sesuka hati meneka serta mereka peribadi aku " . Aku kenal dia dahulu sebelum dia kenal dia ....

No comments:

Post a Comment